Kenali 3 Jenis Cincin Kahwin

Selain daripada simbolik ikatan perkahwinan, cincin juga merupakan tanda bermulanya sebuah ikatan yang sah dan digunakan untuk mengukir janji agar tetap bersama, tidak kira ketika senang atau susah; suka mahupun duka.
Terdapat 3 jenis cincin yang sering dikaitkan dengan majlis perkahwinan untuk memudahkan anda memilih cincin yang bersesuaian nanti.
SPECIAL FEATURE

Cincin Merisik

Material Type: 916 Gold
Weight: 3.23g

Material Type: 916 Gold
Weight: 2.80g

Merisik adalah proses bagi pihak lelaki untuk mengenalpasti status pihak perempuan, sama ada sudah dipikat atau masih belum berpunya. Satu rombongan yang diwakili oleh ibu bapa atau saudara terdekat dari pihak lelaki akan membawa sebentuk cincin untuk menyempurnakan majlis ini.

Cincin merisik sering dikenali sebagai “cincin belah rotan”. Ia adalah cincin emas 916 yang reka bentuknya sangat ringkas, tanpa sebarang batu, berlian mahupun permata. 

Sebaik sahaja penyuntingan pihak lelaki disetujui oleh pihak perempuan dan ahli keluarganya, cincin merisik ini akan disarungkan oleh bakal ibu mertua atau saudara perempuan yang lebih tua ke jari bakal pengantin perempuan.

Cincin Bertunang

Material Type: 916 Gold
Weight: 3.70g

Ada juga pasangan yang akan terus mara ke acara pertunangan. Bertunang adalah fasa untuk mengenal hati budi bakal pasangan dan juga keluarga pasangan.

Dalam upacara pertunangan, cincin yang diberi adalah lebih cantik dan menarik berbanding dengan cincin merisik. Selalunya ia mempunyai batu permata berlian kecil yang disusun sejajar. Berdasarkan adat dan budaya Melayu, cincin bertunang selalunya disarungkan ke jari manis sebelah kiri pihak perempuan.

Cincin Nikah

Cincin nikah adalah antara yang terpenting selepas mas kahwin dalam adat dan budaya Melayu dan merupakan simbol yang membawa gelaran sebagai pasangan suami isteri.

Cincin nikah biasanya lebih glamor dan kebanyakannya dipilih dari jenis emas kuning atau putih dengan letakan satu batu permata berlian yang besar di atasnya. Cincin sebegini juga dikenali sebagai “Solitaire ring”. Cincin nikah adalah termahal di antara jenis cincin yang lain, di mana harganya boleh mencecah sehingga RM1,000 dan ke atas.

Cincin Sedondon

Eksklusif di Tomei, anda boleh menempah cincin kahwin secara berpasangan, sama ada dipilih dari cincin yang sedia ada atau khas dicipta mengikut kehendak. Cincin sedondon ini biasanya terdiri daripada cincin emas putih bagi pengantin perempuan dan cincin platinum bagi pengantin lelaki.  

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan ini:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

You May Also Like: