Chomel Go Nature

Perubahan ke arah kehidupan yang lebih sihat adalah perlu terutama dalam keadaan norma baharu di zaman pos-pandemik ini. Ia seharusnya dimulakan dengan pemakanan yang seimbang, menjaga kesihatan dan beralih kepada alam semulajadi untuk kualiti kehidupan yang lebih baik.
TRENDY STORY

Alam semulajadi merupakan satu sumber inspirasi yang boleh dijadikan idea dan ilham untuk apa saja. Lihat saja bukit bukau dan hutan yang indah dan hijau – yang boleh dijadikan tempat mendaki untuk mendapatkan kualiti udara yang lebih baik, taman-taman yang dipenuhi pelbagai flora dan fauna yang memukau pandangan dan banyak lagi.

Pelbagai elemen dari alam sekitar telah diterapkan bukan saja dalam kehidupan seharian, malah juga di dalam rekaan barang kemas dan perhiasan. Koleksi Chomel juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan rekaan Chomel Go Nature yang bertemakan alam semulajadi.

Loket Kasih Flora

Gold Type: 916 Gold
Weight: 2.31g

Keindahan bunga-bungaan sememangnya mampu menenangkan jiwa yang penuh dengan kerisauan dan masalah. Rekaan Loket Kasih Flora yang diilhamkan dari corak bunga yang mempersonakan diharapkan dapat menyalurkan perasaan ketenangan dan kebahagiaan pada mereka yang menyarungkannya.

Loket Manisnya Madu

Gold Type: 916 Gold
Weight: 2.5g

Lebah terkenal dengan ketekunan dan kesungguhan mereka dalam kehidupan seharian. Rekaan loket dari Chomel ini menggambarkan kerajinan yang dipamerkan oleh lebah yang boleh memberi inspirasi kepada kehidupan anda untuk lebih proaktif dan tidak mudah berputus asa.

Loket Mekar Mawar

Gold Type: 916 Gold
Weight: 3g

Ibarat kuntuman bunga mawar yang mekar di taman, loket ini memberikan hari-hari yang penuh keindahan untuk anda. Ia turut memberikan kedamaian dan ketenangan untuk segala kerisauan yang melanda. Ia amat manis untuk digayakan pada bila-bila masa, secara kasual, di hari perayaan dan juga di tempat kerja.

‘Charm’ Pohon Kehidupan

Gold Type: 916 Gold
Weight: 2.35g

Sememangnya kehidupan ini penuh dengan cabaran. Namun, keteguhan hati dan kestabilan diri mampu membawa kebahagiaan dan keamanan yang berpanjangan. Elemen-elemen inilah yang membawa kepada rekaan ‘Charm’ Pohon Kehidupan, sambil anda disulami dengan kehidupan yang penuh dengan rasa cinta. 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

You May Also Like: