Pengantin Bergaya

Khas untuk edisi kali ini, Tomei membawakan set barangan kemas untuk pengantin yang inginkan gaya yang berlainan dan unik. Lihat saja seri wajah yang diabadikan di majlis meraikan mempelai kelak; semoga kegembiraan berkekalan selamanya.
TRENDY STORY

Set Puspa Wangi

Eksklusif untuk mereka yang mendambakan gaya yang istimewa, set Puspa Wangi emas kuning 916 dari Tomei sememangnya diciptakan untuk anda. Rekaan gugusan jambak bunga-bungaan yang menarik memberi tarikan yang memukau untuk pengantin yang menyarungkannya di hari bahagia mereka. Keunikan set ini amat terserlah apabila dipakai bersama busana pengantin yang indah.

Set Ikatan Sayang

Hubungan yang suci dan murni akan dipateri apabila bergelar suami dan isteri. Set Ikatan Sayang emas kuning 916 dari Tomei ini melambangkan kekuatan hubungan dalam penyatuan dua jiwa yang berkasih sayang. Ia direka khas untuk mereka yang mahukan kelainan dalam menggayakan busana pengantin yang mempersonakan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

You May Also Like:

给妈妈送上一份心头好

母亲节想有所表示,却又不懂要送什么给妈妈好?本期的《爱e饰》收集了“妈妈心水”,作为珍爱一世的示意参考。