Hari Raya Mesra Alam

Konsep mesra alam atau ‘go green’ adalah sesuatu yang amat penting untuk memelihara keseimbangan alam sekitar, terutamanya selepas berlakunya pandemik COVID-19. Terdapat banyak faedah dan kebaikan dalam menjalani kehidupan ‘go green’ atau mesra alam. Di samping mengurangkan pencemaran alam sekitar, ia dapat mengurangkan kos tenaga dan memelihara alam sekitar dengan lebih efektif. Anda juga akan menjalani gaya hidup yang lebih sihat, apatah lagi di saat ingin menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang.
TRENDY TOPIC

e-Gaya Hidup (e-Duit Raya dan e-Kad Ucapan Raya)

Kanak-kanak adalah golongan yang paling gembira ketika menerima duit raya di dalam sampul yang disediakan. Bagi ramai orang, konsep pemberian duit raya telah berubah ke arah yang lebih mesra alam atau ‘go green’, sama ada memberi e-Duit Raya secara pembankan atas talian (melalui akaun bank) ataupun menggunakan sampul raya ‘hijau’ yang mesra alam. Kertas yang digunakan untuk membuat sampul ini adalah kitar semula dan mengurangkan pembaziran dan pencemaran alam sekitar.

Trend terkini juga menunjukkan penghantaran kad Hari Raya menerusi aplikasi WhatsApp, SMS, email, grafik dan sebagainya. Bukan sahaja ia lebih menjimatkan daripada membeli kad dan setem, namun ia juga lebih cepat dihantar, dibaca dan dibalas. Ia jauh lebih selamat untuk alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan kertas.

Ubah Cara Pemakanan

Konsep mesra alam atau ‘go green’ juga boleh dipraktikkan di dalam amalan pemakanan seharian. Perubahan gaya pemakanan kepada bahan makanan organik, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta mengurangkan pengambilan daging boleh membantu ke arah ekosistem yang lebih berkesan. Ia semua berkait rapat kerana penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan tidak terlalu memudaratkan alam sekitar, berbanding dengan penternakan haiwan.

Konsep Rumah Terbuka di Hari Lebaran turut mengalami beberapa perubahan untuk menjadi lebih mesra alam, ringkas dan menjimatkan. Tidak perlu lagi khemah yang besar, kerusi yang banyak dan pembaziran menggunakan bekas polistrena untuk membungkus makanan, yang turut mencemarkan alam sekitar.

Ke arah Gaya Hidup yang Lebih Mesra Alam

Siapa sangka anda juga boleh menjadi penyelamat bumi ketika anda membeli-belah? Mudah saja caranya, anda hanya perlu mengurangkan pembaziran dan mengamalkan penjimatan terutamanya dengan tidak menggunakan bag plastik untuk mengisi barangan runcit. Sebaiknya, bawalah beg ‘go green’ atau mesra alam sendiri apabila pergi membeli-belah.

Terdapat pelbagai cara ‘go green’ atau mesra alam yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Konsep 3R atau ‘Reduce, Reuse and Recycle’ atau kurangkan penggunaan bag plastik, guna semula dan kitar semula barangan yang boleh dipakai amatlah digalakkan. Anda boleh menderma barangan yang boleh diguna atau dikitar semula seperti kain baju lama, buku-buku dan banyak lagi di pusat kitar semula yang berdekatan.

Amalkan Cara Alternatif untuk Memiliki Emas

Tahukah anda bahawa aktiviti tukar-beli emas adalah lebih mesra alam daripada proses melombong emas yang baru? Ini bermakna emas atau barangan kemas yang anda miliki sekarang juga boleh ditukar kepada emas atau barangan kemas yang baru, sambil anda mengamalkan gaya kehidupan ‘go green’ atau mesra alam.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

You May Also Like: