Ramadan yang Cergas: Tegakkan Iman & Akidah

Semangat kesabaran dalam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan seharusnya diterapkan dalam menjalani kehidupan seharian, kerana bulan yang mulia ini mengajar erti mengawal nafsu dan perasaan untuk kebaikan diri sendiri.
GIFT GUIDE

Set Rama-Rama Raya

Dibawakan eksklusif untuk anda, set Rama-Rama Raya dari Tomei melambangkan semangat dan perjuangan dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran, terutamanya menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan. Bukan saja mengindahkan alam, rama-rama juga menyerikan setiap kuntuman bunga yang dihinggapinya. Ia turut memberi kesedaran tentang betapa tingginya nilai hidup kita. Set Rama-Rama Raya ini dilihat sempurna digayakan untuk meraikan Aidilfitri, tanda kemenangan terhadap cabaran dan halangan yang dapat diatasi sepanjang bulan Ramadan.

Set Lingkaran Sayang

Sesuatu yang indah harus diraikan, dan sempena Aidilfitri ini, Tomei membawakan kepada anda Set gelang dan cincin Lingkaran Sayang, disaluti rekaan Emas Kuning 916 yang gemilang. Rekaan ini melambangkan perjalanan cinta dan kasih, untuk tiba ke pengakhiran kebahagiaan bersama-sama. Set yang sesuai digayakan sebagai ekspresi diri, dalam mempamerkan kasih sayang yang abadi.

Gelang Rintisan Hati

Kesemua insan memerlukan kasih sayang, dan walaupun terdapat pelbagai halangan yang mungkin melanda, namun cinta sejati tetap abadi. Elemen inilah yang diterapkan di dalam rekaan Gelang Rintisan Hati, yang disinari dengan kilauan emas 916 yang memancar. Dilihat sebagai gaya yang kontemporari dan ringkas, ia pasti memukau mereka yang melihatnya.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

You May Also Like: