Gemilang Gaya

Keunikan diri anda pasti terserlah dengan pilihan barang kemas emas kuning yang menarik dan berkualiti tinggi. Rekaan khas dibawakan khusus sempena perayaan Aidilfitri, untuk meraikan hari yang bahagia ini.
EDITOR’S PICK

Gelang Jaringan Abadi

Gold Type: 916 Gold
Weight: 25g

Lihat sahaja rekaan yang amat teliti dari pereka barangan kemas Tomei, menghasilkan Gelang Jaringan Abadi yang unik dan tersendiri. Hasil kerja yang istimewa ini menjanjikan kepuasan hati dan keselesaan bagi mereka yang memakainya. Hari Raya pasti lebih meriah sambil menggayakannya.

Rantai Pautan Kasih

Gold Type: 916 Gold
Weight: 13.14g

Rekaan emas kuning 916 dari Tomei ini sememangnya memukau pandangan mereka yang melihatnya. Rantai Pautan Kasih yang menawan ini menyerlahkan gaya moden dan ringkas untuk mereka yang gemarkan sambutan Aidilfitri yang meriah dan riang gembira.   

Subang Turutan Hati

Gold Type: 916 Gold
Weight: 2.95g

Ayuh jatuh cinta dengan kilauan emas 916 yang dipancarkan oleh Subang Turutan Hati ini. Hiasi telinga anda dengan keanggunan subang yang berjurai, menyerlahkan gaya kontemporari dan kegirangan anda untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama yang tersayang.

Gelang Kaki Pengikat Cinta

Gold Type: 916 Gold
Weight: 14g

Walaupun mempunyai rekaan yang ringkas, namun Gelang Kaki Pengikat Cinta ini menepati citarasa golongan yang gemarkan konsep minimalis dan klasik. Ia amat sesuai digayakan sebagai aksesori pelengkap barang kemas untuk gaya Aidilfitri anda. 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

You May Also Like: