Indah Menawan di Hari Perayaan

Kegembiraan terserlah di Hari Raya dan majlis perkahwinan apabila memakai emas putih yang mempersonakan. Wajah berseri, sentiasa diingati, itulah keriangan yang abadi.  
EDITOR’S PICK

Gelang Ikatan Murni

Gold Type: 18K
Weight: 8.19g

Amat sesuai dipakai semasa menziarahi saudara-mara di Hari Aidilfitri, semoga hubungan akrab sentiasa tersemat di hati. Gelang Ikatan Murni juga amat sesuai untuk digayakan untuk meraikan cinta pengantin di hari perkahwinan mereka.

Loket Mutiara Idaman

Gold Type: 18K
Weight: 5.73g

Serlahkan gaya anggun minimalis anda di Aidilfitri dengan Loket Mutiara Idaman yang pastinya menjadi tarikan mereka yang memandangnya. Stail klasik mutiara yang tidak ditelan zaman juga menjadi penyeri indah di leher anda ketika menghadiri majlis perkahwinan.

Rantai Jalinan Mesra

Gold Type: 18K
Weight: 59.23g

Penampilan anda pasti akan menjadi bualan ramai ketika mengunjungi rumah terbuka di Hari Raya dengan Rantai emas putih Jalinan Mesra ini. Bukan itu sahaja, rekaan yang ringkas dan kontemporari ini juga boleh dipakai di kenduri perkahwinan sahabat atau saudara mara. 

Gelang Simpulan Abadi

Gold Type: 18K
Weight: 22.24g

Walaupun disulami dengan gaya moden, namun Gelang Simpulan Abadi ini diinspirasikan dari tradisi klasik cinta yang wujud selama-lamanya. Rekaannya yang menarik dan unik amat sesuai digayakan di Hari Raya dan juga majlis perkahwinan. 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

You May Also Like: