Pesona cinta berputik dari semarak pujaan kasih sayang, disaluti kekuatan ribuan detik kerinduan. Ikrar dan janji dipateri di Aidilfitri, dikelilingi himpunan penghargaan yang tidak ternilai, moga kebahagiaan kekal abadi.
Royal
Gold Type: 18K
Weight: 4.98g
Menghiasai ruang di jari anggun kekasih hati, cincin Royal yang klasik ini melambangkan kemasyhuran cinta anda. Setiap butir berlian dari Le Lumiere dipotong teliti dengan sudut, simetri dan perkadaran yang tepat bagi memastikan kesemua aspek dan elemennya memantulkan cahaya serta mempamerkan kilauan yang luar biasa.
Direka dengan 10 batu delima yang menyemarakkan dua baris 8 hati dan 8 anak panah yang menjadi lambang kemegahan Le Lumiere, cincin Royal adalah pilihan tepat untuk melengkapkan keagungan rasa cinta dan sesuai dijadikan sebagai hantaran perkahwinan di hari bahagia anda.
Adorn
Weight: 5.18g
Keanggunan yang sofistikated merupakan kunci kesederhanaan yang ditonjolkan oleh cincin Adorn. Direka dengan platinum PT900, pesona keabadian yang anggun menjadi tumpuan utama gaya minimalis yang ditonjolkan oleh berlian tunggal sempurna yang ditatahkan kepada cincin platinum ini. Ia merupakan simbol kasih terhadap yang tersayang, sebagai tanda bahawa dialah satu-satunya milik anda selamanya.
Keindahan Cincin Adorn akan lebih terserlah jika dijadikan tanda cinta abadi di hari pertunangan atau perkahwinan, sesuai dengan komitmen Le Lumiere – Diamonds of Light untuk mengabadikan kualiti tertinggi dan memastikan tahap kecemerlangan berlian yang membezakan kami dari yang lain.
Ficelle
Gold Type: 18K
Weight: 2.61g
Pancaran keunikan cincin berlian, ibarat pujaan hati anda.
Temui hadiah pertunangan atau perkahwinan yang hebat dengan cincin Ficelle dari Le Lumiere. Disalut emas putih 18K, cincin ini direka daripada berlian ‘solitaire’ bulat di bahagian tengahnya yang memukau dan menakjubkan, dikelilingi oleh butiran berlian kecil di sisinya.
Sememangnya terkenal dengan rekabentuk yang unik, Le Lumiere – Diamonds of Light sentiasa menekankan mengenai aspek berlian yang mematuhi Perkadaran Ideal, Bentuk Hati dan Anak Panah yang simetri dengan penggredan Kecemerlangan GIA 3 bagi memberikan kilauan optimum yang disanjungi oleh pelbagai generasi.
LUXE
Gold Type: 18K
Weight: 4.59g
Wanita yang anda sanjungi wajar dilimpahi dengan segala kemewahan dalam kehidupan – dan cincin Luxé sememangnya sebuah lambang kebanggaan dan kemewahan untuk dirinya. Set Luxé boleh dimiliki dalam kedua-dua emas ros 18K dan emas putih, menampilkan kilauan menakjubkan berlian berbentuk bulat 0.61CT yang diabadikan dalam rekaan ‘halo’ dan dikelilingi oleh 68 butiran berlian halus bagi menyerlahkan keindahan permata berharga ini. Inilah cincin yang tepat untuk dijadikan cincin pertunangan bagi mengikat ikatan kehidupan yang berpanjangan, sebagai tanda dialah satu-satunya wanita yang bertakhta di hati dan paling bersinar pada pandangan anda.
Le Lumiere sentiasa mengutamakan kecemerlangan kualiti berlian kami, dengan menggabungkan unsur-unsur Perkadaran Ideal dan bentuk simetri Hati dan Anak Panah berlian yang sempurna bagi mencapai potensi pancaran sinaran yang sepenuhnya.