Goldheart- Romantiknya Cinta

Hubungan murni di antara dua insan adalah sesuatu yang amat bermakna dan seharusnya dihargai sepanjang masa. Luahkan ekspresi cinta dan kasih anda dengan rekaan-rekaan eksklusif dan menarik daripada koleksi Goldheart, yang dipilih khas untuk anda meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan yang tersayang.
GOLDHEART

Romantic Blue

Male ring
Weight: 3.80g

Female ring
Weight: 3.35g

Raikan perasaan cinta dan kasih sayang anda dengan sepasang cincin ‘Romantic Blue’ yang direka khas dengan platinum PT950, hasil daripada keaslian usaha seni pertukangan dari Jepun yang tiada tandingannya.

Pandangan anda pasti terpukau dengan jalur bahagian dalaman berkontur yang bertatahkan nilam biru, sebuah permata bernilai yang melambangkan keberkatan dalam sesebuah perkahwinan yang dirahmati. Ia laksana sebuah gambaran perhubungan cinta yang suci dan murni, yang hanya dimiliki oleh pasangan yang mesra dan intim seperti anda.

Something Blue

Male
Weight: 3.98g

Female
Weight: 3.54g

‘Perasaan cinta diibaratkan seperti jalan dua hala yang sentiasa dalam pembinaan, dan alangkah bertuahnya diriku bersama-sama denganmu dalam mengharungi perjalanan cinta yang abadi ini’.

Nukilan cinta anda dipaterikan dengan rekaan Something Blue, dengan hasil pertukangan platinum (PT999) yang eksklusif. Setiap butir cincin diukir unik dengan permata nilam biru di lapisan dalaman; meraikan simbol kesetiaan, kecekalan dan kasih sayang yang kekal untuk selama-lamanya. 

Et Toi

Male
Gold Type: Sapphire 1
Weight: 6.21g

Female
Gold Type: Sapphire 1
Weight: 6.15g

‘Pengertian cinta bagi diriku kini, adalah kerana kasih sayang darimu’.

Abadikan cinta suci anda untuk yang tersayang dengan sepasang cincin perkahwinan platinum PT900 Et Toi yang elegan dan anggun, membawa erti ‘dan dirimu’ dalam Bahasa Perancis. Inilah lambang cinta murni yang kekal selamanya. 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

You May Also Like: