Tips Ukuran Cincin

Anda mungkin telah menemui cincin impian untuk disarungkan di majlis bahagia nanti. Namun, ukuran yang tepat dan muat di jari akan lebih menyerlahkan cincin pilihan anda. Ikuti tips dan panduan ukuran cincin yang dibawakan khas dari Tomei untuk membantu anda mendapatkan saiz yang betul.
SPECIAL FEATURE

CARA 1: UKUR JARI ANDA

Langkah 1:
Potong sehelai kertas yang nipis dan panjang (tidak melebihi 1cm lebar).

Langkah 2:
Balutkan keratan kertas tadi di sekeliling jari anda, betul-betul di bahagian bawah buku jari.  

Langkah 3:
Apabila balutan kertas itu sudah betul-betul muat di jari, gunakan pen untuk menanda tempat pertemuan kedua-dua hujungnya. 

Langkah 4:
Ratakan jalur kertas nipis tadi dan gunakan pembaris untuk mengukur jarak dari bahagian permulaan kertas hingga ke tempat yang ditandakan.

Anda boleh mendapatkan ukuran dari pembaris itu dan rujuk kepada carta di bawah untuk saiz cincin anda.  

CARA 2: UKUR CINCIN YANG SEDIA ADA

  1. Ambil sebatang pembaris dan ukur bahagian dalam cincin dari tepi kanan ke tepi kiri.
  2. Ambil ukuran diameter dalam milimeter.
  3. Rujuk kepada carta-penukaran ukuran untuk mendapatkan saiz cincin anda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

You May Also Like:

给妈妈送上一份心头好

母亲节想有所表示,却又不懂要送什么给妈妈好?本期的《爱e饰》收集了“妈妈心水”,作为珍爱一世的示意参考。