Inspirasi Busana Raya 2022

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk sambutan Aidilfitri. Pelbagai rekaan busana yang unik dan menarik pastinya mendapat tempat di hati mereka yang mahukan kelainan di Hari Raya.
SPECIAL FEATURE

Sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Tomei dan ZALORA Malaysia telah bekerjasama untuk membawakan kepada anda fesyen terkini untuk musim perayaan. Hanya klik pada imej untuk melihat busana yang diperagakan dan anda boleh layari laman web Zalora di https://www.zalora.com.my/ untuk maklumat lanjut mengenainya.

Fesyen Sedondon

Fesyen sedondon sememangnya menjadi kegemaran mereka yang sudah berkahwin atau berkeluarga. Memang nampak lebih meriah dan seronok apabila kesemua ahli keluarga menggayakan Baju Raya yang sama. Dari yang masih bayi hinggalah ke atuk dan nenek yang telah berusia, gaya sebegini tetap menjadi salah satu pilihan busana yang popular.  

Fesyen sedondon yang boleh didapati di Zalora ini sememangnya menjadi kegemaran mereka yang sudah berkahwin atau berkeluarga. Memang nampak lebih meriah dan seronok apabila kesemua ahli keluarga menggayakan Baju Raya yang sama.

Gaya ini makin anggun apabila subang Turutan Hati dari Tomei menghiasi telinga anda, menyerlahkan gaya kontemporari dan kegirangan anda untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama yang tersayang.

Raya lebih meriah apabila golongan lelaki juga turut bergaya dengan fesyen kurta dengan sentuhan moden dari Zalora. Ia ringkas, versatil dan amat selesa untuk dipakai ketika mengunjungi rumah terbuka. 

Fesyen ini menjadi lebih menarik lagi apabila digayakan dengan cincin Cahaya Nilam dari Tomei. Semoga perayaan ini lebih diberkati dan dirahmati, dan semua insan bergembira menyambutnya.

Baju Kurung

Fesyen ini bukan setakat dipakai pada Hari Raya, namun keselesaan dan keunikan baju kurung menjadikan ia turut dipakai di hari-hari biasa. Namun begitu, selalunya di Hari Raya, baju kurung akan diberi sentuhan yang lebih istimewa dengan dihiasi oleh manik atau labuci untuk menyerlahkan lagi rupa anda. Anda boleh memilih warna lembut atau pastel dan juga warna terang untuk kelihatan bergaya.

Gaya ini pasti lebih klasik sambil menggayakan Gelang Jaringan Abadi, sebuah rekaan yang amat teliti dari pereka barangan kemas Tomei, menghasilkan sesuatu yang unik dan tersendiri.  

Baju Kaftan Moden

Gaya kaftan telah diberi nafas baru yang lebih elegan dan bergaya untuk Hari Raya. Ia boleh digayakan sebagai ‘long dress’ ataupun jubah. Ia sesuai dipakai ketika menghadiri majlis Rumah Terbuka atau menziarahi keluarga dan kawan-kawan. Gaya ini memberi keselesaan dan keanggunan untuk mereka yang memakainya.

Sesuai dengan busana ini, Rantai Pautan Kasih yang menawan dari Tomei ini pasti menyerlahkan stail yang moden dan ringkas, khas untuk mereka yang menggemarinya.

Baju ‘Peplum’

Baju kebaya ‘peplum’ yang dipadankan dengan kain potongan ‘mermaid’ atau ikan duyung adalah salah satu pilihan untuk digayakan oleh si jelita di Hari Raya ini. Corak warna yang terang dan berbunga sesuai dipadankan dengan tas tangan yang comel dan kecil untuk berkunjung ke rumah sanak saudara.  

Serlahkan gaya anggun minimalis anda ketika memakai busana ini di Aidilfitri dengan Loket Mutiara Idaman dari Tomei, yang pastinya menjadi tarikan mereka yang memandangnya.

Baju Kurta

Raya lebih meriah apabila golongan lelaki juga turut bergaya. Selain dari Baju Melayu lengkap bersamping, fesyen kurta juga turut digemari, dengan sentuhan moden yang penuh gaya. Kanak-kanak lelaki juga boleh memakainya sepadan dengan ayah mereka. Ia ringkas, versatil dan amat selesa untuk dipakai di Hari Raya.   

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

You May Also Like: