Panduan Berbelanja Secara Bijak di Musim Perayaan

Musim perayaan seharusnya diraikan dengan penuh kegembiraan. Namun begitu, ia bukanlah alasan untuk boros dan berbelanja secara berlebihan kerana ia hanya akan mendatangkan kerugian. Ikuti antara panduan yang boleh diikuti untuk berbelanja secara bijak di Aidilfitri.
SPECIAL FEATURE

Buat senarai barang-barang keperluan

Contoh senarai

Menyenaraikan semua barang yang diperlukan adalah penting untuk memudahkan urusan perbelanjaan. Ia bukan sahaja menjimatkan masa dan tenaga ketika berada di kedai atau pasaraya, malah ia juga memudahkan anda berbelanja secara teratur dan tersusun. Anda juga boleh beringat dan berpegang kepada senarai di tangan anda supaya tidak berbelanja secara berlebihan.

Berbelanja ikut kemampuan, bukan kehendak

Jangan terikut-ikut atau hendak bersaing dengan apa yang rakan-rakan, saudara-mara atau jiran anda miliki. Biarlah mereka bergaya atau menunjuk-nunjuk dengan kereta atau sofa yang baru ditukar sempena menyambut Hari Raya. Anda harus sentiasa beringat dan berjimat-cermat dengan bajet yang ada supaya tidak boros. Di samping itu, juga elakkan dari terpengaruh dengan iklan-iklan yang menawarkan pelbagai tawaran menarik. Hanya berbelanja untuk keperluan, bukan kemahuan terhadap sesuatu barang. 

Jangan berlebihan ketika menyediakan juadah Raya

Elak pembaziran makanan daripada berlaku ketika anda memasak makanan untuk tetamu yang datang. Pastikan anda mempunyai bajet dan menu yang menjimatkan dan hanya masak apa yang perlu sahaja. Walaupun Rumah Terbuka ialah satu tarikan di Hari Raya, anda dinasihati untuk membuat perkiraan sebelum menjemput tetamu untuk datang supaya tidak berbelanja sesuka hati.

Amalkan pembelian atas talian

Pada masa kini, ramai yang lebih menggemari pembelian secara atas talian kerana ia lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang. Terdapat banyak penjual atas talian yang menawarkan harga yang jauh lebih murah untuk pelbagai barangan Hari Raya yang menarik seperti baju raya, kelengkapan membuat kuih-muih, biskut Raya, malah juadah seperti serunding dan rendang! Namun begitu, anda harus berhati-hati tentang latar belakang penjual dan juga kualiti barangan yang dijual supaya tidak tertipu. Anda juga haruslah beringat tentang skim penipuan atas talian yang sedang berleluasa di masa kini, dan jangan mendedahkan apa juga maklumat peribadi anda kepada sesiapa yang tidak bertauliah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

You May Also Like: